Monday, November 24, 2014

Persiapan ke U.S bahagian 2 : Pengalaman test GRE

Ok,mesti korg confuse apa itu GRE?
GRE merujuk kepada Graduate Record Examination
Biasanya sesiapa yg nk pergi smbg belajar di US kena ambik exam ni.. :P
Result GRE akan valid selama 5 tahun
So boleh la guna result ni utk apply smbg bljr di US dlm tempoh tersebut
Kos utk test ni lebih kurang sama dgn IELTS jugak ~ RM627 (kalau xsilap la,lupa ngeeee)

Di malaysia ni, dua tmpt je kita boleh ambik test ni iaitu di Prometric, yg terletak di Sheraton Hotel berdekatan dgn monorail medan tuanku, di tenghah2 kota raya kuala lumpur..dan lg satu lupa plak kt mana..i chose sheraton hotel

Kalau xpuah hati dgn result, boleh ambil lg after 60days of current test. So beza dua bulan la..Candidate boleh sit for this test 6 kali la dalam setahun kiranya

So, pd 21nov2014, aku n seorang kawan sit for this exam
Kami stay di Tune hotel downtown which is walking distance je dr test venue
Just cross the road n berjalan ikut jejantas tu then terus sampai..dalam 10 minit je jalan
So,malaysian yg nk pergi test GRE memg i recommend stay kt tune hotel downtown kalau nk senang keje..kalau nk lg senang,stay sheraton hotel terus tp kami xmampu la kan
sebab ongkos nk pegi KL dgn segala perbelanjaan flight semua pon da banyak spent kt situ
terpaksa la endure je duduk tune hotel tp not bad la
okay la..bersih n senang nk bergerak
cuma blik je sempit
tp kita tido je kt blik...siang smpai mlm lepak kan kan kan hahahah

test kami pd pkul 9am
kami kena ada 30minutes before the test begin
so,8.30 pg da kena ada di prometirc office
seh,satu lg lupa nk pesan, utk sit for this exam,korg kena ada passport
sbb IC kita xde tandatangan
prometric nk ID yg ada gmbr,nama,tandatangn
sbb tu la korg kena buat passport (kalau xde lg ) n bawak masa hari test tersebut

kami amek exam computer based general exam
so,memg jawab depan komputer je
sblm masuk bilik exam,kami kena isi borang n semua barang kena simpan dlm locker provided by prometric
kita hanya boleh bawak masuk passport dan kunci locker SAHAJA!
even kertas conteng n pensil provided by the exam organizer
nk masuk blik exam tu kena masuk one by one
sblm sampai blik exam, ada satu blik checking
kt sini dia akan cek body kita mcm kt airport
nk pastikan kita xbawa masuk2 apa2 brg bantuan utk meniru or menipu!

lps tu kita kena duduk n amek gmbr 
muka kita akan keluar di komputer yg kita guna utk jawab exam tu
lps amek gmbr,kita akan isi satu lg borag sitting for exam n diberi pensil n kertas utk conteng2
lps tu exam administrator akan assign kita ke komputer yg mereka dah sediakan
mulalah menjawab exam

GRE ni ada 6 section
1-analytical writing:tulis essay dlm masa 30 minit
2-same to 1
3-verbal:jawab soalan berdasarkan paragraph/isi tempat kosong(high level vocabulary):20 soalan dlm masa 30 minit
4;quantitavie-simple math (form 5 SPM leve) tp sbb da lama tinggal,susahnya mak aihhh bg kitorg nii T_T: 20 soklan utk 30 minit

**********break for 10 minit**********

5:same to 3
6:same to 4

tamatlah exam GRE selama 3jam yg menyeksakan!
boleh terus tahu result utk verbal n quantitative..utk full result after 10-15 working days melalui account GRE kita di laman web ETS
lps tu boleh terus isi ruangan untuk hantar result ke universiti mana yg kita apply
hanya 4 uni dibenarkan
kalau nk lebih, sila bayar $25 per uni
nasib baik aku cukup2 4 uni..selamat duit hehe
lps siap isi uni boleh angkat bontot n blah!

kitorg xtunggu lama2,terus balik n pegi KLCC
enjoytime,reunion time
lupakan exam yg menakutkan n menyiksakan tu
sabar menanti result

now get prepare for IELTS pulak!




preparation,


LONG

4 comments:

  1. Hi. Boleh share tak nak prepare apa untuk GRE? Boleh saya dapatkan email or hp no tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hi ili, awak pun tgh survey untuk amik GRE test ke? boleh sy dptkan email or no fo? , sy pun tgh prepare nk amik gre ni, boleh kita tukar2 info.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete