Friday, October 18, 2013

Mampukah aku menjadi wanita solehah~~

Mampukah Aku Menjadi Wanita Solehah , 
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAH dan RASULULLAH...
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama…

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan…
Mengalir air mataku
Melihat pegorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah….

♥•YA ALLAH♥•
Tabahkan jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar….

Mampukah aku menjadi wanita solehah??
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah….

- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/01/mampukah-aku-menjadi-wanita-solehah.html#sthash.8M5qzcSu.dpuf

Friday, October 4, 2013

setahun sudah~~

salam

bagaimana lebatnya monsun timur laut
begitulah lebatnya air mataku mlm ini
bila dikenang kembali
oh,sungguh pantas masa berlalu

jam 1 pg 5 oktober 2012,ak mndpr panggilan telefon dr hospital
di saat ak baru terlelap dibuai mimpi
panggilan yg memberi tamparan hebat kpd ku dan adik beradik
panggilan dr umi kami sndri
panggilan yg memberikan perkhabaran bahawa insan yg paling kami sanjung
telah kembali kepada Yang Maha Pencipta
abah dah tiada~~~

mlm ni
genap setahun pemergian abah
walaupun abah dah tiada
setiap memori kami tetap terpahat di sanubari
tidak akan pernah dpt kulupakan
setiap bait kata
senyuman abah
tangisan dan rengekan abah di saat bertarung dgn kesakitan masih terbayang2 di mindaku


air mata tidak dpt ku tahan saat minda mengenang saat itu
sungguh
aku rindu abah
ak sayang abah
tp sedalam mna pun cinta dan sayang kami pd abah
Allah lebih menyayanginya

kami redha dgn ketentuan Ilahi
Allah bg pinjam abah kpdku selama 24 thun
insyaAllah abah
kita akan berjumpa di Jannah Allah nanti
doaku sentiasa bersamamu
ingatanku sentiasa terpahat untukmu
semoga roh abah di tempatkan di kalangan org beriman dan dijauhkan dari azab kubur..
alhamdulillah abah meninggal hari jumaat
insyaAllah sentiasa terpelihara dan tenang abah di  sana
Ya Allah,sampaikanlah salam rinduku kepada dia
(T_T)


Wednesday, September 25, 2013

pengalaman kelas pertama sebangai pensyarah

salam

alhamdulillah
last sunday i've started my first class with law students (degree sem 1 & 3)
first experience a lil bit nervous
huhu
sape yg x nervous kan
when i enter the lab(computer lab),most of my students already at their seats
then, i just began the class by introducing myself and pass them the notes and attendance
then i walk to the PC to start the lesson
but i cannot find the turn on button
hahahahaha
apa punya  lecturer IT la aku ni
sbb lab ni just change to new PC and it looks so advance to me
First time nk guna
msa bljr dlu PC kt dpn ni lain
then i said "anyone can help me with this?"
then my gentleman student came forward and helped me
"here miss~~"
:P
miss ni sengal sket
biasa la
haha
Then I start teaching them
just for 2 hours
stdnt sem 1 ni a lil bit aggressive sket
adventerous pon ada..hahaha...tp memg bagus la sbb melatih kesabaran i handle adik2 ni

esoknya kelas pkul 8pg pljr sem 3
yg ni lain sket sbb more mature
kelas lebih smooth and teratur
lebih calm kelas tanpa ad sbrg bunyi2 busing
hahahah
paham2 la kan
tp kalau bising pon iolls xmarah
sbb iolls msa student dlu pon bukan senyap xbunyi suara dlm kelas kan
as long as uolls siap keje, it doesn't matter
:)

so far,im so happy
sbb dpt share ilmu yg secebis ni
alhamdulillah
dpt gain saham akhirat
sbb Allah sudah berfirman 3 perkara yg tidak akan putus bila kita mati

1)doa anak yg soleh
2)sedekah jariah
3)ilmuygbermanfaat
:)

nk pastikan dpt tinggalkan semua ni sblm menjelang saat kematian..insyaAllah
amiinnnnn

 

Friday, September 20, 2013

Wanita lamar lelaki amalan terpuji

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.


Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.


Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?


Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

sumber: http://bhalaqah.blogspot.com

Wednesday, September 18, 2013

Tenaga pendidik...Alhamdulillah

Salam

ni kira post tergendala ni
actually dr last week nk post tp asyik lupa je
lepas dah confirm dgn pusat pengajian siswazah(PPS) mengenai jwtn kami selaku GRA unisza,kami dipanggil ke satu mesyuarat utk pembahagian workload
alhamdulillah kami hanya perlu mengajar selama 4jam seminggu
sy dpt subjek pengantar teknologi maklumat
pelajar sy terdiri dr student degree law sem1 &  3

(quality gmbr sgt low,biasa la iPad memg mcm ni gmbr dia..harga je mahal -_- )


ni surat dri ketua school kami...hehe...dlu dia pensyarah sy :P
terkejut jugak msa dpt surat ni 
sbb rsa mcm belum bersedia je nk jd pendidik
budak degree pulak tu
tp insyaAllah,berbekalkan secebis ilmu yg ada ni
sy akan kongsikan bersama pelajar sy nti
semoga kami sama2 peroleh manfaat sepanjang pengajian semester ini
*cewahhhh...ayat ala2 speech depan student*
hahahaha

kepad CIK nur shazwani ok...CIK! igt tu..hahah
tp actually xkesah pon
student nk panggil puan pon xpe
moga cepat2 sket bergelar puan kan
doa ramai2
>_<

tu diaaaaa jadual utk sem ni
i will teach them only  4 hours of laboratory
xde benda sgt pon
ajar word,excel,powerpoint,merge mail,google product,etc
actually benda2 basic je
tp jgn terkejut taw,stdnt science comp pon ada je yg xmahir guna semua ni
ce tanya soklan2 ni kt dorang,kompen akan ad yg jawab xtahu
soalan 1: thu x mcm mna nk create automatic table of content?
soalan 2:thu x mcm mna nk create automatic table of figures?
soalan 3:what about the references??APA style??
soalan 4:how to create foot note?
soalan 5:how to insert formula in excel?
soalan 5: how to comment on word n powerpoint?

and all those related stuffs..hahaha
sbb student compt science da advance sgt
smpai word,excel,n powerpoint ni kitorang pndg sebelah mata
poyo jerrrrrrrrr sume ni
act,kami xdiajar pon sume benda ni
kami explore sdri
sbb tu bila org kata "korang mesti hebat kan guna word,excel,powerpoint"
kitorang akan senyum~~~~:P
opkos xngaku kekurangan
biasa la budak2 bijak kan
haha

Last but not least,
i am so excited to start my first class on this sunday
how my student will react when i'm teaching
hopefuly mereka anak2 yg bagus dan sopan
bukan mcm sy dlu
ameen~~~


future lecturer,

LONG

Tuesday, September 17, 2013

Jodoh

Salam

Mlm ni sambil2 design backdrop utk dinner sy dgr galeri audio ikim
Temubual brsama Prof Muhaya
Tajuk dia : Reset minda orang mendapat jodoh
tajuk pon dah catchy kan
ahaksss
galokss la
ye la kan
kadang2 nk jugak dgr isu jodoh dr seorang motivator terkenal
byk ilmu yg sy dpt mlm ni
keje men'design' pon siap,ilmu pon dpt
Alhamdulillah~~~
Allah bg sy isi msa sy mlm ni dgn bermanfaat dan dpt sy berkongsi di ruangan blog sy mlm ni

Antara langkah2 yg perlu utk gadis2/jejaka2 di luar sna yg sedang mencari jodoh:

1) tulis apa ciri2 calon yg kita nak
     -kemudian analisa setiap ciri,bandingkan adakah kita setaraf dgn ciri2 yg disenaraikan itu?
     -kalau masih belum layak,berubah ke arah itu :)

2) igt! perempuan yg baik utk lelaki yg baik..kalau belum tutup aurat,tutup dgn sempurna..kalau bebas pergaulan,jga batasan2 pergaulan mengikut syariat Islam..insyaAllah,Allah tidak akan menghampakan kita

3) Sentiasa berdoa "Ya Allah,permudahkanlah urusan jodohku"
   - niat dlm hati terutama sekali setiap kali nk keluar rumah

4) Doa mesti spesifik kita nk calon yg mcm mna
    - Ya Allah kurniakan aku suami yg tidak merokok,penyabar,berakhlak mulia,etc~~

insyaAllah dgn megamalkan tips2 di atas,kita akan dipertemukan dgn insan idaman hati..ameen....


Tuesday, September 10, 2013

Sekitar SEMPSIS UniSZA 2013


Salam..post ni sbnrnya lebih kpd meng'ekspresi'kan rsa excited dlm hati sy skrg
pernah x admire org jauh??
for sure sape yg prnh ada perasaan ni akan faham..
sbnrnya sy da lama admire seseorang ni dr jauh...dri bulan februari lg sy admire dia
first time tgk dia da 'jatuh hati'
ahaksssss
love at the first sight uolls :P
xde la LOVE sgt,minat je...minat dia punya karakter,sgt menarik perhatian saya
*senyum sorang2*

nk dijadikan cerita
msa tu kami dr persatuan pengajian siswazah organize 1 seminar penyelidikan peringkat kebangsaan
alhamdulillah sambutan memg terhangat di pasaran
126 pembentang uolls
peserta i lupa brp org
memg terbaik la kan
*puji persatuan sdri*
ada mak kesah???~~~~*tgh di bahu,mata ke ats*:P
maka rmai la permbentang dan peserta dri seluruh pelosok malaysia
ada sorang dr brunei

nk dijadikan cerita,'dia'(merujuk kpd jejaka idaman) join jugak
tp bukan pembentang la
dia jd peserta je
maka sy usya2 dri jauh je la
walhal dlm hati excited thap nk lompat2 bila tgk dia dtg
*senyum sorang2 lagi*
tp sy bz dat day
ke hulu ke hilir
byk sgt tugas nk kena settle
especially teknikal dekat dewan
sy jga laptop n sy duduk dekat row ke-3 dari depan dlm dewan auditorium tu
msa sy tgh godek2 laptop tu,edit2 banckground utk seminar nti
tiba2 dgr satu suara
ckap arab
eh,terdetik dlm hati
dia ke???
tp mls nk pusing,kang obvious sgt la pulak kan :P
sbb unisza ni melambak ustaz2 pandai ckp arab
so,its not a rare situation la kan
then sy pon bgn n letak laptop ats kerusi
sy pusing blkg n  TERtengok org blkg
here we go!!!
omg omg omg omg omg!!!!!!!!
dia laaaaaaaaaaa!!!!!!!!!
dlm hati da kluar taman2 tp muka cover macho la of course
i kan LONG~~~~
hahahahahahahahha
*tergelak sorang2 bila rewind blik situasi ni*
sy pon blah dr situ nk pegi blik urusetia
sempat lalu dkt kwn2 dekat meja pendaftaran
sempat lg ckap kt dorang
"uolls!!!!!!!dia ada dlm dewan!!!!dok blkg i je...omg omg omg!!!!berdebar rsa"
kwn 1: "eh xpyah nk berdebar sgt la,keje byk tu kena settle"
kwn 2: yg mana satu??
kwn 3:yg pkai jubah putih tinggi mcm hantu tu ke???
kwn 4:mcm tu ko boley ckap handsome?
kwn 2:p la tegur dia
sy:maluuuuuuuuuuuu...pehal lak nk tegur tetiba...jatuh saham aku..biar la...saje nk share excited tgk dia dtg
semua kwn:apa laaaaaaaaa......tegur laaaaaaaaaaa
sy pon berlalu dr situ n menuju ke blik urusetia utk settlekan keje yg sepatutnya disettlekan
sy pon masuk blik dewan sbb mjls perasmian da nk mula
sy kan unit teknikal
kena la pasang lagu negaraku,montaj unisza, n background seminar
*dia berada di belakang sy sepanjang perasmian ni*
excited!

bila habis perasmian,sume pegi mkn n seminar bermula di bilik2 yg disediakan
sy pon masuk la dewan balik sbb nk ambik laptop yg sy tinggal td
nk kena prepare jugak sbb sy pon kena present paper jap lg
masuk2 tgk dia n his friend ad kt tmpt duduk td
sy pon buat muka macho la (urusetia kan~~~)
sy cabut sgla wayar n ready utk blah
tegar buat xtahu walhal dlm hati giler2 rsa nk tegur dia
tp NO NO NO!!!
i'll never do that
hahahahahah
bila sy da mula mengorak langkah nk blah tiba2 dia tegur
dia:assalamualaikum
sy:waalaikumussalam (excited gilerrrrrrrrrrrrrrrrr tp muka macho,cover tahap cipan)
dia : (ckap bha melayu slang arab) bila seminar ni nk mula?
sy : awak ni presenter ke?
dia : bukan.sy peserta
sy: owh~~utk makluman awk,seminar bukan dekat sini.dekat bilik2 sebelah dewan ni yg kami da letakkan subtema di pintu setiap blik
dia:masyaAllah....ok2..terima kasih...syukran2
sy:sama2(muka masih cover walaupun dlm hati mcm nk meletup)
sy pon terus blah dgn gaya ala2 urusetia yg sgt bz
walhal x pon!!!!!!!!!!!
hahahahahahahahahahah

maka,dgn sgt excitednya sy pon cite la kt kwn2
dorang dgn smgtnya dgr n mcm2 komen sorang2
i dun care what they say
yg penting iolls dapat ckap dgn dia
hahaha long2~~~~bila la nk berubah
tp tgk dr gaya mcm dah kawen je
melepas~~~~
tp xpe la.....gila kau nk kawen dgn org arab?!!!memg xla
byk onak duri kena lalui
amek mamat melayu sudahhhhh

tu je ceritanya
n cerita kedua yg buat sy teruja adalah
sy da present satu proceeding paper!
walaupun juz simple paper
ok la kan utk pelajar yg bru abes sem 1 master
sv n co-sv sgt2 la mambantu sy dlm menghasilkan paper ni
mereka memg support habis habisan la
siap dtg lg masa hari presentation
yg xleh blahnya,lepas sy abes present
dorang terus keluar
hahahahaha
dtg nk tgk ank buah dia je
terbaikkkkkkkkkkkk!!!!!!*thums up sambil gedik*
i love both of them
xrsa mcm sv pon
rsa mcm pak sedara sendiri je


sekitar seminar penyelidikan siswazah unisza 2013 peringkat kebangsaan




xde apa a nk tulis

happy admiring,

LONG