Friday, October 4, 2013

setahun sudah~~

salam

bagaimana lebatnya monsun timur laut
begitulah lebatnya air mataku mlm ini
bila dikenang kembali
oh,sungguh pantas masa berlalu

jam 1 pg 5 oktober 2012,ak mndpr panggilan telefon dr hospital
di saat ak baru terlelap dibuai mimpi
panggilan yg memberi tamparan hebat kpd ku dan adik beradik
panggilan dr umi kami sndri
panggilan yg memberikan perkhabaran bahawa insan yg paling kami sanjung
telah kembali kepada Yang Maha Pencipta
abah dah tiada~~~

mlm ni
genap setahun pemergian abah
walaupun abah dah tiada
setiap memori kami tetap terpahat di sanubari
tidak akan pernah dpt kulupakan
setiap bait kata
senyuman abah
tangisan dan rengekan abah di saat bertarung dgn kesakitan masih terbayang2 di mindaku


air mata tidak dpt ku tahan saat minda mengenang saat itu
sungguh
aku rindu abah
ak sayang abah
tp sedalam mna pun cinta dan sayang kami pd abah
Allah lebih menyayanginya

kami redha dgn ketentuan Ilahi
Allah bg pinjam abah kpdku selama 24 thun
insyaAllah abah
kita akan berjumpa di Jannah Allah nanti
doaku sentiasa bersamamu
ingatanku sentiasa terpahat untukmu
semoga roh abah di tempatkan di kalangan org beriman dan dijauhkan dari azab kubur..
alhamdulillah abah meninggal hari jumaat
insyaAllah sentiasa terpelihara dan tenang abah di  sana
Ya Allah,sampaikanlah salam rinduku kepada dia
(T_T)