Monday, June 15, 2009

PTPTN bukan untuk 'modal bercinta'

semalam ak ad bca paper (sinar harian)......



"aik,mcm knal mamat ni.....
owh,presiden mpp kte rupanya"



ap lgi
excited la ak nk bca
da bdk univ kte sdiri








heading dia mcm yg ak 2lis tu
PTPTN bukan untuk 'modal bercinta'
tindakan mahasiswa salah guna wang pinjaman diselar


SHAH ALAM-Presiden Malis Perwakilan Pelajar(MPP) Universiti Darul Iman,Terengganu, Mohamad Irfanudin Rosli menyelar tindakan sesetengah mahasiswa yang menyalahgunakan wang pinjaman PTPTN untuk tujuan tidak bermanfaat.


Katanya, paling ketara,penyalahgunaan itu digunakan sebagai 'modal bercinta' sesama mereka sehingga sanggup menghadiahkan barangan berjnama untuk diberikan kepada pasangan masing-masing.


"Mahasiswa harus guna pinjaman ini untuk membeli barangan keperluan pengajian,selebihnya,boleh menabung untuk kegunaan masa depan.


"Jika mereka mendapati ada wang pinjaman yang berlebihan pada semester itu,tidak salah untuk bagi wang berkenaan kepada ibu di kampung. Tetapi, ia haruslah bergantung kepada kebijaksanaan mahasiswa mengawal perbelanjaan mereka,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.


Katanya, penyalahgunaan wang pinjaman itu harus ditangani segera agar tidak menular dan menjadi fenomena biasa dalam kalangan mahasiswa.


"Taklimat khusus untuk mahasiswa tentang pengggunaan wang pinjaman PTPTN yang sebenarnya akan diadakan dan MPP UDM sebagai badan induk akan bekerjasama dengan fakulti di sini untuk mewujudkan tabung kebajikan mahasiswa.


"Ia masih di peringkat perbincangan dan kita yakin, kewujudan tabung ini dapat membantu mahasiswa menggunakan wang pinjaman dengan sebaik mungkin,"katanya.


Sementara itu, pakar motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad mencadangkan pada pihak universiti supaya menganjurkan bengkel pengurusan kewangan kepada semua mahasiswa agar mereka dapa menggunakan wang pinjaman PTPTN dengan baik.


"Kita mahu mahasiswa bijak berbelanja dan menguruskan kewangan pada saluran yang betul.


"Walaupun kita tidak dapat selamatkan semuanya,sekurang-kurangnya kita dapat yakinkan kepada sesetengah mahasiswa agar mereka celik wang,"katanya.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Perundinan Latihan dan Motivasi (TAMRIN) menyokong usaha PTPTN wajar mengagih-agihkan wang pinjaman itu secara berperingkat pada setiap semester.


"Bila wang yang banyak masuk, mahasiswa sudah ada pelan untuk beli itu ini. Tidak sampai dua minggu,wang itu habis. Akhirnya, telefon keluarga, mintak masukkan wang belanja.


"Bila masukkan wang beperingkat, mahasiswa tidak aka menggunakan wang sewenang-wenangnya dan ini tentu dapat menyelamatkan penyalahgunaan wang pinjaman pada perkara tidak berfaedah,"katanya.



itulah yang ak bca n nk kongsi ngan korg..
ap pendapat teman2ku selaku mahasiswa?????????


personally,ak bersetuju dgn statement Irfan n program yg beliau nk wat 2 pon bgus.....
selaku mahasiswa UDM, ak menyokong 100%........

3 comments:

  1. tul2 tu aku sokong 100% hehehe...

    ReplyDelete
  2. "Bila wang yang banyak masuk, mahasiswa sudah ada pelan untuk beli itu ini. Tidak sampai dua minggu,wang itu habis. Akhirnya, telefon keluarga, mintak masukkan wang belanja."

    statement ni aku sgt stuju..!habiskn ptptn minx mak bapak..x reti belanje betol..haish
    mahasiswa2..blnje ke jln ug spatutnyela..berpade2 skit..

    ha..sape mkn cili pasti trase pdasnye..hihi

    ReplyDelete
  3. btol tu tmn2.....
    mulai saat ni,jom kte saling mengingati antara 1 sma laen...
    supaya kita salurkan wang kte pd tmpt yg btol....

    ReplyDelete